Unsur fizikal bilik pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu Penyusunan bilik pembelajaran dan Aspek fizikal bilik pembelajaran.
Penyusunan Bilik Pembelajaran
Susunan bilik pembelajaran secara umumnya:
- Dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan peralatan khusus yang bergantung kepada jenis bilik pembelajaran
- Susun atur meja dan kerusi sesetengah bilik pembelajaran biasan diubahsuai untuk kerja amali
- Sudut bilik dipenuhi dengan perabot dan almari untuk memudahkan proses menyimpan peralatan
- Kemudahan tambahan seperti sink dan paip air biasnya di sediakan di makmal sains atau di bengkel bagi memudahkan kerja-kerja amali pelajar
- Dilengkapi dengan peraturan keselamatan tersendiri
- Dilengkapi dengan manual pengunaan peralatan
- Diwajibkan dengan kelengkapan plan kebakaran dan pemadam api
Berikut adalah antara contoh bilik pembelajaran:
CONTOH PELAN MAKMAL KOMPUTER
Aspek Fizikal Bilik Pembelajaran
Terdapat 3 aspek fizikal bilik pembelajaran iaitu Kebersihan, Keselamatan dan Pengunaan Bahan.
Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.
ReplyDeleteAssalamaualaikum dan salam sejahtera. Satu perkongsian yang sangat menarik dan padat dengan informasi yang bermakna. Daripada blog ini, saya dapat memahami bahawa strategi pengurusan bilik pembelajaran seperti bilik muzik, bilik komputer dan sebagainya adalah sangat perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih baik. Guru atau pihak sekolah perlu memandang serius terhadap penyusunan perabot dan kelengkapan alatan di dalam bilik pembelajaran supaya murid mudah untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Peraturan perlu ditetapkan dengan baik supaya sebarang kerosakan atau situasi merbahaya dapat dielakkan daripada berlaku.
ReplyDeleteAssalamualikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih diatas penerangan di atas dan ilmu yang bermanfaat buat saya. Pada pandangan saya,pengurusan pembelajaran sangat penting buat murid untuk merasakan aura ketika mempelajari subjek yang sesuai dengan ruang pembelajaran. Contohnya, mempelajari subjek muzik, mestilah di sekolah menpunyai bilik muzik yang dilengkapi dengan alat muzik untuk memberi keberkesanan yang lebih mendalam. Terima kasih maklumat tambahan dari blog ini yang sangat terperinci.
ReplyDelete