🔧 Iklim bilik pembelajaran merupakan suasana persekitaran yang kondusif dan amat penting untuk mewujudkan pembelajaran yang kondusif dengan menggabungkan aspek-aspek fizikal, emosi dan sosial yang terbina dalam bilik pembelajaran.
🔧 Memastikan unsur fizikal disusun dengan teratur, krearif dan efektif.
🔧 Contohnya, susunan meja , kerusi , alatan dan bahan.
🔧Penggunaan alat bantuan mengajar ( ABM ) .
🔧Penggunaan alat pelindung diri ( APD ).
🔧Contohya, sarung tangan, baju makmal dan apron.
SUASANA SOSIAL
🔧 Mempunyai hubungan baik dengan pelajar iaitu menggunakan Teknik Sosiometrik. Menurut Avramidis, E., at. al ( 2017 ) mengatakan bahawa sosiometri adalah sebagai alat kuantitatif yang dirancang untuk mengukur hubungan sosial.
🔧 Berfungsi sebagai menentukan seseorang pelajar itu agar diterima sebagai ahli kumpulan tersebut.
SUASANA EMOSI
🔧 Memastikan bilik pembelajaran dalam keadaan ceria.
🔧 Melibatkan dari segi sauara , kelucuan , penggunaan kepujian dan kawalan.
Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteM. Helmi Naim (D20201094479) Peranan guru sangat penting dalam mewujukan suasana bilik pembelajaran yang positif.Guru perlu bijak mengawal emosi pelajar dengan banyak mengadakan aktiviti yang merangsang minda.Selain itu, guru-guru perlu juga mengetahui keadaan kelas seperti terdedah kepada matahari dan menyebabkan sesetengah pelajar merasa panas seterusnya susah untuk fokus kepada pelajaran dalam kelas.
ReplyDeleteNurwidad (D20201094525) Dalam memastikan pengurusan iklim pembelajaran yang positif dalam bilik pembelajaran, guru perlu bersikap kreatif dan kritis dalam memastikan suasana-suasana pembelajaran seperti di atas dapat diwujudkan. Lebih-lebih lagi suasana fizikal. Guru perlu bijak untuk menyusun atur keadaan bilik pembelajaran mengikut kesesuaian. Hal ini kerana, jika hal seperti ini tidak mengikut kesesuaian sudah tentu akan mengganggu emosi para pelajar untuk fokus semasa di dalam bilik pembelajaran. Oleh itu, guru perlu mempunyai hubungan yang baik di antara para pelajar supaya mudah untuk mengawal sesuatu kelas tersebut.
ReplyDelete(D20201095442) Terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat dan membantu tentang tajuk Strategi Pengurusan Bilik Darjah. Iklim bilik darjah memang berupaya mempengaruhi pelajar dari segi fizikal, emosi dan sosial. Guru haruslah memastikan susunan kemudahan bilik darjah adalah teratur dan selamat, meningkatkan hubungan jalinan dalam kalangan pelajar serta mengekalkan komunikasi dan suasana bilik darjah yang positif. Sekian terima kasih.
ReplyDelete