FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Menurut Mok Soon Sang (2008), faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik pembelajaran  pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari segi faktor psikososial dan emosi, dan faktor teknikal:


FAKTOR FIZIKAL
Merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang disediakan terdapat di bilik pembelajaran. 
  • Bilik pembelajaran yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. 
  • Susunan meja dan kerusi dalam bilik pembelajaran sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.
FAKTOR KEMANUSIAAN
FAKTOR PSIKOSOSIAL:
Merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik pembelajaran. 
  • Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang dikenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. 
  • Selain itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik pembelajaran dimana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti; cara murid memasuki bilik pembelajaran, cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing, cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran dan sebagainya.
FAKTOR EMOSI :
Merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. 
  •  Suasana emosi bilik pembelajaran yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.
  • Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah; 
    • Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga menwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. 
    • Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan. 
    • Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik pembelajaran tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.
FAKTOR TEKNIKAL
Merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. 
  • Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat.
  •  Di samping itu, persediaan guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik pembelajaran dinamik. 

Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang telah dikongsikan. Saya amatlah bersetuju faktor-faktor yang telah dikongsikan. Saya juga ingin menambah tentang faktor emosi. Seperti yang kita sedia tahu, emosi yang ada pada seseorang adalah tidak mudah untuk dikawal. Namun, sebaiknya kita perlu mengawal mengikut keadaan di persekitaran kita, terutamanya ketika berada di dalam kelas. Hal ini demikian kerana kita sedang berada di dalam kelas untuk menuntut ilmu pengetahuan dan sebaiknya kita perlu mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan faham. Jelasnya, interaksi yang baik perlulah sentiasa diamalkan dan mewujudkan persekitaran yang harmoni demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete

Post a Comment