STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

  • Strategi pengurusan bilik pembelajaran ialah proses perancangan untuk membentuk dan mengekalkan suatu alam belajar dan iklimnya yang kondosif untuk pengajaran dan pembelajaran demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan.
  • Contoh bilik pembelajaran ialah bilik multimedia, bilik bahasa, bilik musik dan lain-lain.

Strategi pengurusan bilik pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu strategi perancangan, strategi pelaksanaan dan strategi penilaian.

Ø  Strategi Perancangan.

o   Harus ditentukan bagi objektif pembelajaran (berdasarkan saranan sukatan pelajaran, kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid).

o   Pemilihan isi pengajaran yang sistematik dan menarik, penyediaan bahan-bahan pelajaran mengikut kesesuian dan penyediaan kemudahan.

o   Contohnya guru membuat perancangan berdasarkan objektif pembelajaran dan merancang rancangan pengajaran harian(RPH) yang telah dilakukan sebelum pdp berlangsung.

 

Ø  Strategi Pelaksanaan.

o   Menyampaikan isi pembelajaran, membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pelajaran supaya pelajar mempunyai displin dalam diri.

o   Guru melaksanakan perancangan yang telah dibuat mengikut rancangan pengajaran harian.

o   Daripada pelaksanaan yang dibuat guru tersebut akan melaksanakan apa yang ditulis.

o   Contohnya, guru melaksanakan apa yang ditulis dalam rancangan pengajaran harian(RPH) seperti subtopic yang perlu dipelajari oleh pelajar pada waktu pdp berlangsung.

 

Ø  Strategi Penilaian

o   Untuk menilai keberkesanan pdp yang berlandaskan penggunaan strategi, kaedah, teknik mengajar.

o   Menjadi pengukur kemajuan dan perkembangan murid-murid. Dengan itu guru dapat mengesan kelemahan pengajaran dan pembelajaran (pdp).

o   Guru juga boleh menggunakan 2 kaedah dalam menilai pelajar iaitu melalui pernilaian formatif dan penilaian sumatif.


Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.

    ReplyDelete
  2. Lim Hong Ming D20201093792
    Berdasarkan Blong yang telah dikemukakan oleh kumpulan 5 yang bertemakan Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran. Saya dapat memahami bahawa pengurusan bilik pembelajaran berkaitan dengan interaksi dalam bilik pembelajaran. Dalam interaksi dalam bilik pembelajaran terdapat 6 interaksi yang amat penting. Antara interaksi – interaksi dalam bilik pembelajaran yang dibelajari ialah Interaksi Sehala (berbentuk apabila guru menggunakan kaedah berpusatkan guru seperti syarahan, kaedah bercerita , atau kaedah demonstrasi), Interaksi Dua Hala di Antara Guru Dengan Murid (berbentuk apabila guru menggunakan kaedah perbincangan dengan murid dalam bilik pembelajaran), Interaksi Dua Hala di Antara Murid-Murid (Berbentuk guru menggunakan kaedah pembelajaran dan perbincangan secara berkumpulan, menjalankan projek, kaedah bermain dan lakonan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran), Interaksi Berkomputer (membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada), Interaksi Persekitaran (Berbentuk tidakbalas diantara pelajar dengan alatan dan bahan dalam bilik pembelajaran.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment