PENGENALAN


     Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran adalah  Satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, strategi merupakan ilmu tentang cara merancang sesuatu agenda dan cara pelaksanaanya. Manakala tindakan pula merupakan penyelesaian kepada masalah dan solusi untuk menbendung perkara tersebut diulangi. Contohnya, carta organisasi kelas atau bilik pembelajaran diwujudkan seperti ahli jawatankuasa kebersihan untuk mengawal masalah kelas yang kotor dan tidak terurus. Selain itu, bilik pembelajaran merupakan platform yang digunakan oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) bagi penyampaian dan mendapatkan maklumat. Dengan wujudnya bilik pembelajaran ini, ia berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat dan teori yang lebih efektif. Sebagai contoh, bilik pembelajaran seperti makmal sains membolehkan pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam kerana mereka akan melakukan eksperimen dan tugasan amali di bilik tersebut. Seterusnya, pengurusan ini diwujudkan untuk memastikan guru menyediakan suasana yang selesa dan kondusif agar proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Disamping itu,  pengurusan ini adalah garis panduan kepada para guru dalam merancang, mengelola, mengurus dan mengorganisasi serta dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang sistematik dan teratur.  Sebagai contoh, Rancangan Pelajaran Harian (RPH) membolehkan para guru dalam membentuk objektif, matlamat, sasaran, hasil pembelajaran serta pendekatan pembelajaran bagi proses (PDP) bagi sesuatu topik yang  bakal diajar oleh guru. Menurut Haji Samsudin Md Noor (2013), pengurusan bilik pembelajaran adalah satu  pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Hal ini dikatakan demikian kerana, beliau menyatakan bahawa untuk melahirkan murid yang seimbang dan holistik, para guru harus menekankan aspek - aspek diatas agar pencapaian murid dalam kokurikulum dan kurikulum seimbang. Sebagai contoh, guru boleh munggunakan aktiviti jasmani seperti senamrobik bersama lagu sebelum memulakan pengajaran dan mempelbagaikan pendekatan pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan lebih meminati subjek dan berasa gemar untuk belajar dalam suasana yang tenang dan gembira. Selain itu,  gaya kepimpinan, kecekapan mengurus, kemahiran merancang kepelbagaian dalam pengajaran,kemahiran kaunselling adalah sangat penting bagi seseorang guru dalam mengendalikan murid - murid di sekolah. Misalnya, gaya kepimpinan seorang guru mempengaruhi interaksi dan komunikasi dalam bilik pembelajaran. sebagai contoh, gaya kepimpinan demokratik dalam bilik pembelajaran akan mewujudkan  interaksi dua hala iaitu antara guru dan murid. Oleh itu, strategi pengurusan bilik pembelajaran adalah sangat penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi  yang  seimbang .

                                                                                                                                                              

 

 





Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.

    ReplyDelete
  2. Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan dan menghalang pembelajaran daripada terus berlangsung. Susun atur kelas yang kondusif boleh menarik minat untuk ke sekolah. Selain itu dapat meningkatkan semangat guru untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa yang dapat disimpulkan dalam topik ini, terdapat banyak jenis bilik pembelajaran yang digunakan di sekolah dan setiapnya mempunyai peraturan dan kegunannya tersendiri. Oleh itu, pentingnya persekitaran yang baik, bersih dan teratur agar semua pihak boleh menggunakannya dengan selesa.

    ReplyDelete
  4. Georginna (D20201095548). Salam sejahtera, saya bersetuju dengan pendapat saudari di mana pengurusan bilik pembelajaran adalah sangat penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari FPK. Oleh itu, bilik pembelajaran yang disediakan di sekolah haruslah dimaanfaat sepenuhnya oleh pelajar bagi menimbah ilmu di sekolah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut. Jenis-jenis bilik pembelajaran ini perlu disediakan oleh pihak sekolah dan para pelajar perlulah mematuhi setiap peraturan bilik pembelajaran tersebut.

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera, blog ini sangat menarik, teratur dan kemas dalam perkongsian maklumat. Daripada blog ini sediki banyak saya pelajari dalam jenis-jenis bilik pembelajaran di mana terdapatnya bilik ICT, bilik pendidikan seni visual, pusat sumber, makmal sains, bengkel ERT dan bilik muzik. Bagi guru haruslah mengenali jenis-jenis bilik pembelajaran ini dan fungsi setiap bilik pembelajaran agar proses pdp berjalan dengan lancar. Oleh itu, blog ini sangat membantu saya sebagai rujukan di masa akan datang. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang begitu bermanfaat. Daripada blog ini, saya dapat mengetahui bahawa strategi pengurusan bilik pembelajaran yang berkesan dapat menghasilkan suasana yang kondusif dan selesa. Persekitaran yang selesa dan kondusif amatlah penting kerana dapat mempengaruhi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pihak guru hendaklah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran mereka supaya murid-murid dapat mengekalkan minat mereka untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian menarik kalian ini. Pengurusan pembelajaran merupakan salah satu toipk yang amat penting untuk dikuasai oleh para guru. Saya sangat bersetuju bahawa jenis-jenis bilik pembelajaran perlu diwujudkan dalam setiap sekolah. Hal ini supaya dapat menjamin keselesaan dan membakar semangat para pelajar dan guru semasa proses pembelajaran dan pelajaran. Dengan menyediakan jenis-jenis bilik pembelajaran tersebut, pelbagai kemudahan insfrastuktur penting dalam pembelajaran juga perlu disediakan.

    ReplyDelete

Post a Comment