Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran adalah amat penting dalam setiap sekolah untuk memastikan para pelajar dapat belajar dengan suasana kondusif, selesa dengan peralatan teknik yang betul dan kemahiran yang tepat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini mempunyai tiga unsur yang saling berkait rapat iaitu unsur fizikal dalam bilik pembelajaran, interaksi yang wujud dalam bilik pembelajaran dan iklim yang positif dalam bilik pembelajaran. Dari segi penyusunan bilik pembelajaran yang teratur dan sistematik juga memainkan peranan penting dalam pengurusan bilik. Guru juga memainkan peranan penting dalam mengurus bilik pembelajaran ini kerana pelajar akan berasa gembira dan lebih bersemangat untuk belajar sekiranya pendekatan yang digunakan oleh guru adalah betul dari segi interaksi di dalam kelas, suasana bilik pembelajaran yang bersih dan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran dalam bentuk amali. Perkara ini akan meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran setiap pelajar. Oleh itu, semua pihak termasuk pihak sekolah dan guru perlu bekerjasama dalam merancang strategi pengurusan pembelajaran ini supaya dapat menyediakan ruang yang kondusif di samping dalam meningkatkan kecemerlangan dalam diri pelajar.
Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmiah yang menarik ini. Apa yang dapat saya simpulkan ialah Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran adalah salah satu aspek penting dalam menjamin kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Selain itu untuk mewujudkan suasana interkasi aktif antara murid dengan guru dan murid dengan murid. Jadinya guru haruslah bijak dalam mengawal strategi ini mengikut keperluan semasa.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian maklumat yang menarik ini. pendapat saya, pengurusan bilik pembelajaran juga dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. sebagai contoh, persekitaran bilik darjah yang menarik dapat menimbulkan suasana yang kondusif dan secara tidak langsung ia akan menimbulkan interaksi yang sihat dalam bilik darjah.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian maklumat yang cukup menarik. Strategi mengurus bilik pembelajaran adalah amat penting untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam menimba ilmu di dalam kelas yang kondusif,selesa,lengkap dengan peralatan,teknik yang betul dan kemahiran-kemahiran yang tepat digunakan semasa proses P&P. Hal ini juga akan membuatkan pelajar berasa gembira, dan suka untuk belajar sekiranya pendekatan yang digunakan oleh guru adalah betul. Interaksi di dalam kelas juga meningkatkan pelajar dan guru untuk terus berkomunikasi.
ReplyDelete