Interaksi Sehala
Interaksi sehala
merupakan interaksi yang terbentuk apabila guru menggunakan kaedah berpusatkan
guru seperti syarahan, kaedah bercerita , atau kaedah demonstrasi yang mana
guru yang mengawal sepenuhnya aktiviti pembelajaran.
Antara ciri-ciri yang terdapat dalam
interaksi sehala :
1. Segala bentuk nteraksi dalam bilik
guru ditentukan oleh guru
2. Tidak berlaku interaksi anatara
murid dengan murid
3. Murid juga tidak terlibat dengan pdp
secara aktif.
Interaksi Dua Hala di Antara Guru Dengan
Murid
Interaksi dua hala ialah
interaksi yang terbentuk apabila guru menggunakan kaedah perbincangan dengan
murid dalam bilik pembelajaran. Kaedah perbincangan disini ialah merujuk kepada
situasi yang mana murid memberi reaksi tentang topik yang dipelajari ataupaun
masalah yang timbul dalam pembelajaran tersebut.
Antara ciri-ciri interaksi dua hala
antara murid dan guru :
1. Proses pdp ini berjalan secara aktif
iaitu pembeljaran secara giat atau cergas.
2. Hubungan antara guru dan murid akan
menjadi semakin rapat dan urid menjadi selesa dengan suasana pembelajaran.
3. Menggalakkan murid terlibat dalam pembelajaran apabila berlaku proses soal jawab antara guru dan murid.
Interaksi Dua
Hala di Antara Murid-Murid.
Interaksi dua hala di antara murid dengan murid
ialah situasi dimana guru menggunakan kaedah pembelajaran dan perbincangan
secara berkumpulan, menjalankan projek, kaedah bermain dan lakonan
sebagai proses pengajaran dan pembelajaran . Interaksi anatara murid
dengan murid ini akan memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara lebih
kreatif.
Antara ciri-ciri
dalam interaksi dua hala antara murid dengan murid :
1. Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.
2. Hubungan antara murid dengan murid semakin erat.
3. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.
4. Hubungan antara murid dengan murid menjadi semakin baik dan murid akan
menjadi lebih baik.
5. Murid akan menjadi lebih yakin untuk membentangkan pendapat mereka di
hadapan murid lain.
Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru Dengan Murid
dan Murid Dengan Murid
Interaksi pelbagai hala ini
merupaka interaksi yang paling aktif berbanding kaedah interaksi lain. Guru
menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan,
pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah
dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara
guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik pembelajaran.
Antara ciri-ciri yang dlam interaksi
pelbagai hala ialah :
1.
Murid
lebih aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan bembelajaran.
2.
Suasana
yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
3. Komunikasi yang sangat berkesan antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Interaksi Berkomputer
Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada. Interaksi ini tidak dilihat begitu aktif dalam sosial tetapi ianya boleh melatih murid menjadi lebih aktif dan cekap dalam mencari maklumat.
Antara ciri-ciri Interaksi
berkomputer.
1.
Murid
boleh mengoptimumkan sumber rujukan.
2.
Pengetahuan
tidak terbatas kepada silibus pembelajaran.
3.
Murid
dapat menyumbangkan idea secara lebih kreatif dan aktif.
Interaksi Persekitaran
Interaksi dengan persekitaran
ialah suatu bentuk tidakbalas diantara
pelajar dengan alatan dan bahan dalam bilik pembelajaran. Interaksi ini sangat
minimum digunakan dalam bilik darjah akan tetapi interaksi ini menjadi
interaksi yang paling utama dalam bilik pembelajaran. Hal ini demikian kerana
dalam bilik pembelajaran murid perlu mengaplikasikan segala ilmu dan teori yang
mereka telah belajar dalam bilik darjah. Interaksi jenis ini merupakan
interaksi yang paling diminati oleh pelajar kerana mereka boleh bergerak secara
aktif dan menjalani proses pdp yang sangat santai.
Ciri-ciri interaksi dengan persekitaran :
1.
Penggunaan
barangan dan alatan yang sangat maksimum dalam bilik pembelajaran.
2.
Suasana
pembelajaran yg ceria.
3. Pembelajaran secara teori yang sangat minimum
Kelebihan interaksi dengan persekitaran ialah :
1. Pelajar menjadi seronok dalam proses pdp.
2. Keberkesanan Pembelajaran tinggi. Hal ini kerana pelajar perlu mengaplikasikan ilmu teori yang telah mereka belajar.
3. Meningkatkan kemahiran dan kreativiti pelajar dalam subjek berikut.
Assalamualaikum w.b.t. penyampaian ilmu yang sangat kreatif. Terdapat banyak jenis bilik pembelajaran khas yang dibincangkan di dalam blog ini seperti makmal sains, bilik muzik, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan makmal komputer. Bilik pembelajaran khas ini biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan, mempunyai susunan kerusi dan meja tersendiri dan disertakan dengan kemudahan perabot almari untuk menyimpan kelengkapan.
ReplyDeleteAssalamualaikum ,terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.Kepelbagaian intreaksi amat penting digunakan oleh seorang guru. Pendekatan abad ke-21 dengan menyusun kedudukan meja dan kerusi secara berkumpulan boleh dipraktikkan oleh guru di dalam kelas .Hal ini dapat memudahkan interaksi pelbagai hala berlaku antara pelajar dan guru serta pelajar dengan pelajar itu sendiri.Suasana ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan guru serta memberi peluang kepda mereka saling bertukar buah fikiran masing-masing.
ReplyDeletePerkongsian yang baik dan padat. Daripada blog ini, saya dapat mengetahui interaksi pelbagai hala merupakan interaksi yang paling aktif berbanding kaedah interaksi lain. Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik pembelajaran. Hal ini kerana, Interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi.
ReplyDelete